the world is just awesome...

the world is just awesome...
twinkle twinkle little stars*******

I made this widget at MyFlashFetish.com.

2010-05-01

teater bangsawan syakuntala

 ~hellooo...cam lame da xjengah my blog ni.hehe..well,ape yg aku nak cerita erk?ermm..ni,smlm aku p tgk teater bangsawan syakuntala kat aswara..persembahan dr pelajar tahun  2 ASWARA..ermmm..overall,ok r..but there r few things yg for me yg nmpk kurang..for example,yg plng jelas adalah suara pelakon2..from the beginning tu,aku mmg da xdpt dgr jeles suara beberapa org pelakon..sedikit kecewa r.bukan ape,kalao nk kire,seat aku dgn pelakon adlh teramat lah dekat..di ET tuh,stage adalah berbentuk ''thrust stage' iaitu kedudukan penonton adalah pada 3 penjuru pentas..depan,kanan n kiri..and the distance between audience and actor mmg dekat..and last night,my seat adalah pd bahagian kiri,paling hujung iaitu plng hampir dengan pelakon..it was so dissapointed for me because sometimes,i cannot hear what they are saying...but not all lor,ade jugak yg aku dpt dgr...that was the biggest mistakes for me..tp,smlm adalah malam yg pertama,and mlm ni n esok,mayb ok kot...hehe..cume,aku suke dgn watak raja tu smlm yg di bawak oleh saudara fendi..sesuai aku rasa..hehe...aaaaa..i more things yg aku nak komen adalah watak ayah kepada syakuntala tuh..sorry to say,mmg aku rasa dia xsesuai untuk bawak watak tu...well,kalau ingt balik one of the method yg diperkenalkan oleh stanislavski iaitu ''physical apparatus'',dalam membawakan sesuatu watak itu, penggunaan tubuh adalah amat penting..penggunaan tubuh ataupun physical condition,perlulah sesuai dengan wataknya..sbb,bukan hanya suara sahaja yg pntg and dpt membuatkan lakonanseseorang itu menjadi,malahan olahan tubuh badan jugak perlu..kerana apa??kerana,contohnya,apabila kita diberikan sesuatu watak,kita perlulah mengkaji watak itu dari segi watak dan perwatakannya..dan kemudian,kita perlu menjadikan diri kita seperti watak itu juga tidak kiralah samaada the way he/she speaks ataupun berjalan..kita perlulah merasakan watak itu dengan kita punya fizikal dulu..kita perlu berjalan seperti mana watak itu,kita jugak perlu mengetahui cara2 ketawa,cara bercakap,dan mcm2 la lagi...dan apabila kita sudah betul2 dapat merasainya,barulah secara automatik,kita dapat membawakan sesuatu watak itu dengan betul..pada pendapat saya,watak ayah smlm tu,tidak berapa berkesan..feel sbgi seorang ayah itu,tidak dapat dirasai...smlm,saya mersakan yg berkata2 itu adalah seorang anak muda...

~ermm...apa maksud bangsawan sbnrnye erk?ok..smlm ,ade seorang kawan aku bertanya,apa maksud bangsawan nih?hehe..pastu aku bgtau la mengikut apa yang aku faham and pengalaman aku menonton teater bangsawan nih..bangsawan ni kalau aku tahu adalah golongan2 atasan dan jugak gol yg mulia...perbezaan teater bangsawan dengan teater lain adalah kostum,penggunaan tirai,dn bnyk ag la..ok..itu yg aku faham..ni plak maklumat yg aku cari dekat internet tntng asl usul bangsawan...semua info nih aku terjumpa kebetulan melihat2 show teater yg akan datang di laman kaki seni..jom!!check it out..

Salah seorang tokoh teater negara, Mustafa Yassin pernah memberi satu definisi ringkas untuk bangsawan iaitu bangsa bermaksud orang sementara wan bermakna budiman iaitu orang budiman. Di Malaysia ia juga secara mudah dilihat sebagai sejenis opera. Stambul dan sandiwara hanya muncul kemudian.
Sejarah bangsawan bermula di Asia Tenggara dengan ketibaan Wayang Parsi atau Mendu di Pulau Pinang sekitar tahun 1870. Rombongan pelakon lelaki dari Bombay bertawaf seluruh negara mempersembahkan kisah-kisah klasik dari Timur Tengah, Parsi dan India dengan bahasa pengantar ialah Hindi disulami lagu-lagu Hindustani. Sekelip mata ia disambut sebagai satu fenomena dengan undangan di majlis perkahwinan, pesta dan majlis diraja. Dalam tahun-tahun 1900, bangsawan lebih banyak bertumpu di Singapura memandangkan kebanyakan rombongan bangsawan yang akan menyeberang ke Indonesia singgah beberapa lama di pulau tersebut. Pushi Indera Bangsawan dikatakan kumpulan bangsawan pertama di Malaysia. Kemudian kita mendengar nama-nama lain seperti Seri Penglipur Lara yang aktif mementas bangsawan di Happy World, New World dan panggung Alhambra di Singapura. Kedatangan Jepun menjadikan kumpulan bangsawan dipaksa mempersembahkan kisah-kisah dengan elemen propaganda Jepun dan ini terlihat pada persembahan kumpulan Mina Bakar dan kumpulan Din-Tijah. Selepas itu bangsawan terus popular dengan persembahan antara lain ialah Raja Laksamana Bentan dan Jula Juli Bintang Tiga.
Bangsawan pernah disifatkan sebagai commedia dellárte timur dengan mempertahankan sifat-sifat teater tradisional rantau Timur.


~haaaa,tulah dia..hehe..bnyk detail die...ni aku nak sertakan beberapa keping gmbr dr show ''teater bangsawan syakuntala'' smlm..
       (ni dgn raja dusyanta yg dilakonkan oleh saudara fandi..gmbr xberapa nak clear...gemoknye aku time nih..)