the world is just awesome...

the world is just awesome...
twinkle twinkle little stars*******

I made this widget at MyFlashFetish.com.

2010-04-26

ALIENS

Aliens may exist but contact would hurt humans: Hawking

Hawking AP – FILE - This April 5, 2010 file photo shows astrophysicist Stephen Hawking of England presenting a lecture …

LONDON (AFP) – Aliens may exist but mankind should avoid contact with them as the consequences could be devastating, British scientist Stephen Hawking warned Sunday.
"If aliens visit us, the outcome would be much as when Columbus landed in America, which didn't turn out well for the Native Americans," said the astrophysicist in a new television series, according to British media reports.
The programmes depict an imagined universe featuring alien life forms in huge spaceships on the hunt for resources after draining their own planet dry.
"Such advanced aliens would perhaps become nomads, looking to conquer and colonise whatever planets they can reach," warned Hawking.
The doomsday scenario is suggested in the series "Into the Universe with Stephen Hawking" on the Discovery Channel, which began airing in the United States on Sunday.
On the probability of alien life existing, he says: "To my mathematical brain, the numbers alone make thinking about aliens perfectly rational.
"The real challenge is to work out what aliens might actually be like."
Glowing squid-like creatures, herds of herbivores that can hang onto a cliff face and bright yellow predators that kill their prey with stinging tails are among the creatures that stalk the scientist's fantastical cosmos.
Mankind has already made a number of attempts to contact extraterrestrial civilisations.
In 2008, American space agency NASA beamed the Beatles song "Across the Universe" into deep space to send a message of peace to any alien that happens to be in the region of Polaris -- also known as the North Star -- in 2439.
But the history of humanity's efforts to contact aliens stretches back some years.
The US probes Pioneer 10 and 11 were launched in 1972 and 1973 bearing plaques of a naked man and woman and symbols seeking to convey the positions of the Earth and the Sun.
Voyager 1 and 2, launched in 1977, each carry a gold-plated copper phonogram disk with recordings of sounds and images on Earth.


*huhuhu.ntah r nak caye atau x..rasa mcm dalam crite x-files plak..but who knows kan what creatures yg ade kat atas sana..kalau kita fikirkan balik,dari masa ke semasa,ada saja berita terbaru yang scientist kat luar negara yg telah 'discover''  bende2 baru yang hidup kat planet yg di atas sana..mayb banyak lagi yang belom manusia jumpa kan..kadang2 takut gak..seram je rase..

2010-04-22

sejenak~

td,aku ada chat ngn kawan aku amsa form6 dulu..ermmm...sempat ag nak mengorat tuh..huhu..i dun noe la whether he serious or not..tp ntah la..i dun like that kind of guy..bukan ''dun like'' ape,jus xselesa jek..adakah semua lelaki macam tu?ermmmmah ..ntah la..aku malas layan sgt td,jus ignore jek..alasan die sbb xde gf ag n kalau dpt gf dalam kalangan cikgu pun,ok gak..ermm,what kind of perception tuh..terlmpau berterus trng...nasib baik aku ni jenis yg xcepat melatah..hahaha..bermain tarik tali is better i think..apepun,i jus pray that he will meet his partner soon..the sooner,the better..hihi..

~now alreadly 2.49am..arghhh!!!tomoro will b my first paper for dis sem..paper 'teaching of grammar''..but for damn,aku xstudy ape pun ag..td,da ade mood tok study..so,sempat r bace bape page,but den suddenly,my mood tok study diterbangkan oleh angin yg sejuk malam nih..angin tu seperti bawak sekali mood study aku..so,what can i do..switched on my laptop n ngadap facebook as usual r..but,nothing interesting pom..even xinteresting pom,my eyes are still looking at the screen untill now..hahaha..typical of human beings r,millions of excuses can be create..haha..dak2 tesl lain kompom aku rasa dah khatam bape kali dah grammar ni..but me?arghh!!!grammar grammar..sometimes,i miss our grammar lect,dr halim..still remember his words yg teramatlah ''pedas n hot like fire and cili'' tuh..ni contoh2 ayat die:
    ''what do you want to teach your students?you know nothing about grammar'''
    
''ada hati nak ponteng kelas,dah la xberapa pandai'''
   
''i am here to teach you ''teaching of grammar'', not to teach you grammar''..what did you get for your     grammar when you were in sem 2?

hahahahha..banyak ag r yg pedas2 sebenarnya..hakhak..kalau nak di komen and disenaraikan,mak aiihh!!!naik kematu ibu jari ni nanti..haha...apepun,all the things that he said was right,true and valid(mcm term lang test)..hihihi..sometimes (almost all the time xcually), terpikir gak tntng kate2 dia tu..ermm..well,he's not the first lect who came out with that statement..in fact,dr maiza,mr siva and dr hashimah used to give comment like that..sampaikan aku naik heran,are we the first batch ever yg ada problem macam ni?(prob=not fluent and proficient enough to use and communicate using 2nd lang?)..ermmm...ataupun,depa penah jumpa sblm ni,cuma mereka xmo bgtahu sbb nak naikkan smngt and menyedarkan kami?aiiyyaa..hahaha..xkesah la apepun,yg penting kami kene men-doublekan our effort since next sem is d last chance for us to gain more knowledge and improve our skills because the other-next sem,we will leave  upsi for our praktikum..kat mane tu,xtau ag...arghhh!!am i ready for it?OR COURSE LA NOOOOOOO..huhuhu..but what can we do..

~bila nak srart bukak buku grammar ni?ermmmm..tok subjek ni,dr halim ada jual buku...tp aku xbeli dulu..ntah r nape..so,skunk ni,aku jus depends od buku yg aku pinjam dr library jek..maalsnye nak bace..hahhaa..carik thru tenet ok gakkan...hahhaha..
~k la..nak carik bahan ckit tok grammar ni..

2010-04-21

Best ever laughing baby

Prof Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah ( HAMKA)

Pencinta dunia kesusasteraan yang kemudiannya menceburkan diri dalam politik, akhirnya berundur daripada di jawatan Pengerusi Majlis Ulama Indonesia apabila Kerajaan Suharto tidak berkenan dengan fatwa yang dikeluarkannya mengenai larangan terhadap umat Islam menyambut perayaan Natal.Hubungan pemerintah Indonesia dengan Majelis Ulama Indonesia (MUI) pernah panas disebabkan MUI mengeluarkan fatwa bahawa haram hukum bagi umat Islam mengucapkan selamat hari Natal dan menghadiri perayaannya. Pemerintah menganggap fatwa itu mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Lebih tegas lagi, hal tersebut merosak toleransi hubungan antara agama. Sebab itu, Suharto, Presiden Indonesia pada itu masa meminta kepada Prof. Hamka atau lebih mesra dengan panggilan Buya Hamka yang pada masa itu menjawat jawatan Ketua MUI, mencabut fatwa berkenaan.Tetapi Hamka, yang nama penuhnya Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, tetap berpegang kukuh pada pendiriannya. Bagi ulama yang juga seorang sasterawan ini, yang benar harus dikatakan sebagai benar. Dan sebaliknya, yang batil harus dikatakan batil. Apa pun risiko yang terpaksa dihadapinya. Bahkan ia menyatakan lebih baik berundur daripada Ketua Umum MUI daripada memansuhkan mencabut fatwa itu. Senario yang berlaku akhirnya demikian. Apabila tekanan daripada pemerintahan Suharto semakin kuat, Hamka memilih meletakkan jawatan yang disandangnya (l981). Keputusan itu adalah cerminan sikap bertanggungjawabnya yang tidak mahu umat Islam terjerumus dalam kesesatan. Ini kerana trend menyambut perayaan Natal secara bersama sedang berleluasa di tengah-tengah masyarakat. Atas alasan untuk mengukuhkan hubungan toleransi beragama, banyak ummat Islam yang terbabit sama.Padahal, menurut Hamka, perayaan Natal itu sesungguhnya termasuk peribadatan agama Nasrani. Dan apabila sudah masuk dalam ibadah, ummat Islam sepatutnya tidak mengikutinya. Atas dasar itu Majlis Fatwa MUI mengeluarkan fatwa haram hukumnya bagi ummat Islam mengikuti perayaan Natal agama Nasrani.Dasar pertimbangannya adalah pertama, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan ibadah Islam dengan akidah dan ibadah agama lain (QS Al Kaafiruun 1-6 dan Al-Baqarah 42). Kedua, ummat Islam harus mengikuti/meyakini atas kenabian dan kerasulan Isa bin Maryam (QS Maryam 30-32, Al-Maidah 75, dan Al-Baqarah 285). Ketiga, yang berkeyakinan bahawa Tuhan lebih dari satu dan Isa Al-Masih itu anak Tuhan, adalah orang kafir dan musyrik. (Al-Maaidah 72-73, dan At-Taubah 30). Keempat, Nabi Isa pun tidak mendakwakan dirinya sebagai anak Allah (Al-Maidah 116-118). Kelima, Islam mengajarkan bahawa Allah SWT hanya satu (QS. Al-Ikhlaas ayat 1-4). Keenam, Islam mengajarkan agar ummatnya menjauhkan diri daripada hal-hal yang syubhah (samar-samar) dan hal yang dilarang Allah, serta mendahulukan hal-hal yang menolak kerosakan daripada yang mendatangkan kemaslahatan.Selama kepemimpinan Hamka, MUI dikenali sebagai institusi ulama yang tegas dan tidak memihak kepada golongan tertentu, malah menjadi institusi yang berperanan memberikan teguran dan bimbingan kepada pemerintah. Hamka dengan tegas menolak keinginan pemerintah untuk menguasai setiap keputusan yang bakal diambil MUI. Baginya, fatwa MUI tidak boleh dicampur adukan dengan urusan politik dan pemerintahan.Sikap tegas Hamka itu sesungguhnya bukanlah hal baru. Pada zaman pemerintah Sukarno, Hamka telah berani mengeluarkan fatwa bahawa haram hukumnya bagi Sukarno menikah lagi, kerana presiden tersebut telah mempunyai beberapa orang isteri. Fatwa itu tentu sahaja menyebabkan Sukarno marah. Kebetulan pada masa itu ia termasuk tokoh Islam yang berani menentang sikap pemerintah yang begitu rapat dengan Parti Komunis Indonesia (PKI). Pada pandangan Hamka, PKI adalah parti yang membahayakan keselamatan kehidupan beragama di negeri ini, kerana komunis tidak mengakui adanya Tuhan. Akibat sikap tegasnya itu, ia terpaksa meringkuk di penjara bersama tokoh parti Masyumi dan PSI kerana fitnah pertubuhan LEKRA, pimpinan Pramoedya Ananta Toer. Namun demikian, ia tidak berdendam dengan Sukarno. Terbukti ketika Bung Karno wafat, Hamka yang dilantik menjadi imam sembahyang jenazahnya.Selain dikenal sebagai ulama berkarisma, Hamka yang dilahirkan pada tahun 1908 juga dikenal sebagai seorang pujangga termasyhur. Sejak berusia 17 tahun, ia sudah menulis novel bertajuk Siti Rabiah. Aktiviti penulisannya itu ditentang oleh keluarganya. Sebab, sebagai seorang putera ulama besar, H. Abdul Karim Amrullah, kesukaannya menulis novel itu dianggap satu aib. Namun Hamka meneruskan kegemarannya itu untuk mencari jati dirinya dan berusaha keluar dari bayangan kemasyuran ayahnya.Pada usia 30-an, ia seolah-olah tidak meminati untuk menceburkan diri dalam kegiatan keagamaan dan menjadi seorang ulama, meski ia sendiri termasuk pendakwah muda Muhammadiyah di bandar Medan. Ia seolah-olah lebih berminat dengan bidang penulisan dan kewartawanan. Ini terbukti apabila bersama beberapa orang rakannya pada tahun 1936 ia mewujudkan majalah Pedoman Masyarakat. Dalam majalah inilah ia menulis tulisan bersambung yang di kemudian menjadi buku Tasawuf Modern yang merupakan antara karya popularnya hari ini. Walaupun tulisan itu adalah tulisan yang padat dengan kupasan ilmu-ilmu Islam, tetapi ia belum berjaya mengubah identiti diri Hamka yang masih dianggap sebagai seorang sasterawan.Ini mungkin disebabkan pada masa itu jugalah ia menulis novel Tengelamnya Kapal Van Der Wijk (1939) serta pelbagai cerpen yang mengharukan yang kemudian dikumpulkan dalam buku Menanti Bedug Berbunyi. Sewaktu ia pulang dari Makkah, Hamka menulis nover bertajuk Di Bawah Lindungan Ka'bah. Novelnya yang bertajuk Tengelamnya Kapal Van Der Wijk yang dianggap menciplak dari sebuah novel barat, menunjukkan bahawa Hamka waktu itu sudah banyak membaca sastera barat melalui terjemahan bahasa Arab. Dalam kes tuduhan plagiat ini, menurut banyak ahli sastera hal ini tidak terbukti. Menurut mereka, Hamka hanya terpengaruh oleh sastera barat dan hal itu adalah sesuatu yang wajar bagi seorang penulis.Pada 1949, Hamka kemudian berpindah ke Jakarta. Di Jakarta ia memulai kerjayanya sebagai pegawai kerajaan golongan rendah di Kementerian Agama yang pada waktu itu dipimpin oleh KH. Abdul Wahid Hasyim (ayah Gus Dur). Sebagai seorang intelektual yang hidup pada zaman perjuangan merebut kemerdekaan, Hamka pada tahun 1955 turut terbabit dengan dunia politik. Ia aktif dalam parti Masyumi. Namun, perjalanan politiknya turut berakhir apabila parti Masyumi, diharamkan oleh Sukarno.Setelah itu Hamka kembali kepada dunianya, iaitu dunia penulisan. Ia kemudian menubuhkan majalah baru, iaitu majalah Panji Masyarakat. Pada masa ini, tulisan Hamka yang memperoleh Doktor Honoris Causa dari Universiti Al Azhar Mesir pada tahun 1958 ini sudah lebih banyak berupa kajian-kajian ke Islaman yang mencakupi seluruh bidang. Pada masa ini pula, penanya berjaya melahirkan karya agungnya, Tafsir Al-Azhar. Yang hebatnya, tafsir ini berjaya diselesaikannya tatkala ia meringkuk di dalam penjara (1964).Selepas peristiwa kekejaman gerakan komunis yang membunuh tujuh orang jeneral 1965 dan berkuasanya Presiden Suharto, Hamka secara total berperanan sebagai ulama. Ia meninggalkan dunia politik dan sastera. Tulisan-tulisannya di dalam Panji Masyarakat sudah merefleksikannya sebagai seorang ulama, dan ini digambarkan dalam ruangan Dari Hati Ke Hati yang sangat baik perbahasannya. Kewibawaan Hamka sebagai seorang ulama lebih menonjol lagi ketika dia dilantik menjadi Ketua MUI pertama pada tahun 1975.Dalam banyak hal, Hamka dikenali sebagai seorang yang moderat. Paling tidak dari cara dia menyampaikan sesuatu yang selalu menampakkan hati dan fikiran berjalan seirama. Ia tidak pernah mengeluarkan kata-kata keras, atau kasar dalam berkomunikasi. Peribadi ini sudah ia tunjukkan dari sejak muda lagi. Ia lebih suka memilih menulis novel atau cerpen dalam menyampaikan panduan Islam. Hamka yang bergelar Datuk In Domo dalam suku Minang ini mengakui bahawa memang dia menjadi lebih moderat ketika usianya semakin bertambah."Ketika buku yang saya baca baru lima buah, saya cepat sekali menyimpulkan satu hal mengenai agama dan beremosi, tetapi ketika buku yang saya baca sudah lima puluh, saya menjadi lebih faham, dan tidak berasa perlu bersikap seperti itu," katanya suatu ketika.Namun begitu, bukan bermakna ia kehilangan sikap tegasnya. Ketika ia berasa umat kehilangan pedoman, ia kemudian mengeluarkan fatwa Natal tahun 1981 yang amat menggemparkan itu. Ia terpaksa mengambil sikap tidak sehaluan dengan pemerintah demi menjaga kesucian Islam. Meski keluar dari MUI, Hamka tetap menjadi tokoh ulama yang berpengaruh dan berkarisma. Fatwa dan nasihatnya tetap dinantikan oleh masyarakat. Ia juga tidak jemu-jemu memberikan nasihat dan panduan kepada pendakwah-pendakwah muda. Sampai akhir hayatnya, melalui majalah Panji Masyarakat, ulama yang lahir di Sungai Batang, Maninjau, Sumatera Barat ini tetap memberikan siraman rohani kepada umat Islam yang haus dengan nasihat-nasihatnya melalui tulisan-tulisannya dalam majalah berkenaan.Hamka meninggalkan pelbagai karya penulisan yang popular. Karyanya yang dibukukan berjumlah lebih kurang 118 buah, tidak termasuk pelbagai tulisan yang dimuat di pelbagai media massa. Tulisan-tulisannya meliputi pelbagai bidang kajian: politik, sejarah, budaya, akhlak, dan ilmu-ilmu keislaman. Pada 24 Julai 1981, ulama serba boleh ini me nemui Tuhannya. Pemergiannya adalah satu kehilangan besar yang sukar dicari pengganti sehingga ke hari ini.

ANUGERAH SKRIN 08 - LAWAK 1

2010-04-20

makan makan makan!!!

~hari ni,mood aku dah ok ckit..hihihi..bgn tido pg td(pg ke tgh hari?),rasa lega kepala otak..hihihi..ptng td,dalam kol 3,aku p ke kampus.niat di hati nak p library nak carik buku tok exam grammar..ye r..aku xbeli buku grammar hari tu..malas..hihhi..alih2 p,jumpa nga zara n d geng..depa tgh tolong aina buat filem die bertajuk''my life as a stray cat''..alang2,aku lepak r sane dulu..tetiba jek,aku pun turut berlakon sbgi org yang menyelamatkan kucing plakk.hihihii.aku no hal jek..kawan nyer pasal..abis sume tu dalam lebih kurang pukul 5 lebih..pastu,trs aku p ke library..sampai je sane..aku trs r carik buku2 yg mana aku rasa perlu and ade apa yang aku nak..xde banyak pun..last2,aku pinjam jugak 3 buku tok wat rujukan..

~ari ni,selera makan kau tinggi jek..hahha..biasa la..da masuk tarikh 20 ke atas,mmg aku akan macam ni..mood makan aku meningkat..sumenye sbb xlama ag,mayb dalam 2 3 ari ag aku akan alami seperti mana perempuan normal yang lain alami setiap bulan..hihihiii..nak tgk apa hidangan yang aku makan hari ini?

 ~mula2 kat restorang bistro,aku makan bende ni..''mee kung fu''..tp aku xpandai2 gak berkungfu..huhuuhuu..best gk r yg mlm ni punye..pekat..abih makan nih,,,on d way blk,aku terliur ngan kek2 kat kedai kat arked tu plak..hiihhi..best gak kalo pekena kek time mlm2 camni(mmg makan xteratur lor)...aku pilih kek blackberry..besttnyee..kek kat kedai ni,yg plng aku suke adalah sebab ising die xmuak..makan la banyak mana pun,,kek dr secret recipe pun kalah tu...mmg xley lawan kek dr restoran ni r aku rasa..huhu..

~woooowww!!!kek ni cam biasa r..sedaaaaaaaaaaaaapp..mmg best  r..aku makan ngan penuh berselera tuh..kan best kalau aku dpt blaja buat kek ni..boleh aku wat stiap kali nak makan..
~td plak,yg terbaru dalam nak dekat kol 2,aku rasa lapar lagi..aiyyaa!!!mmg selera makan tgh naik..but this time,rasa nak makan megi plak..aku apa ag,p turun wat megi goreng r..bestttttttt wooooooooooo...
~tp bahaya tol r aku ni..aku ni mmg xley hidup tanpa megi..makanan ruji aku nih..walaupun ada banyak ag sumber makanan kat rumah aku,megi tetap menjadi pilihan..aku kan,kalau xde biskut ke ape ke,aku ley hidup ag..tp kalau xde bekalan megi,mmg aku akan rasa xlengkap..sampai mcm tu sekali aku nih..ntah r..aku tau yg megi ni bahaya..kandungan die,fullamak..kalau diselidik,mmg ley bawak maut..tp nilah manusia,xpenanh nk appreciate life..huhuuhu..ni sedikit info yg aku dpt dr internet pasal megi tentang bahayanya mende tuh..


~1 Serving / hidangan megi ialah dlm 70 – 75 g. Itu hidangan yang ditetapkan oleh industri. 1 serving menyumbangkan lebih kurang 360 kcal dengan 9 g protein, 17 g lemak, 43 g CHO (10% protein, 42% lemak, 48% CHO). Lazimnya nisbah pemakanan sihat sepatutnya CHO 50 – 60%, protein 15 – 20%, lemak 25 – 30%). Nisbah yang tak betul tu sendiri boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Dalam hal % jenis lemak yang ada, 1 serving megi mengandungi 7.1 g  MUFA, 1.9 PUFA, 8.2 g SFA, nil TFA. Tu semua nama jenis lemak. Nil TFA dlm megi dah bagus sebab semakin tinggi TFA, risiko cardiac problem semakin tinggi. Tapi % of MUFA ialah 18.8%, PUFA 4.8%, dan SFA 20.5%. Yang disarankan ialah MUFA up to 20%, PUFA up to 10%, dan SFA less than 7%. So masalahnya pada SFA iaitu tinggi sangat iaitu 20.5%, sepatutnya less than 7% sahaja. SFA also can lead to heart problem

Kandungan garam sodium dalam megi datang daripada ramuan bahan kimia bernama  monosodium glutamat (MSG), dinatrium inosinat, dan dinatrium guanilat. Kandungan sodium yang tinggi juga membawa risiko kesihatan

*tp aku ni,walau dah tahu kebenarannya,still gak xley hodup tanpa megi..apa lah akan jd ngan nasib aku kan..ermmm....ni plak aku bace psl 3 org pesakit yg mempunyai masalah kesihatan akibat dr tabiat memakan megi..sumber adalah dr orang yang sama..(maaflah ye tuan..saye berminat ngan tuannye artikel..so,saye nak guna sat untuk tujuan mengingatkan diri saya sendiri akan bahayanya megi nih)


 Kes 1:
Seorang nenek melayu dalam lingkungan umur 70-an mengalami sakit buah pinggang kronik, dan sedang menjalani rawatan hemodialisis (cuci buah pinggang). Nenek ni kata dia tak makan apa2 pun takpe, tapi dia nak sangat makan megi. Dia dari kecik suka sangat megi (saya terfikir sejak bila agaknya megi ni muncul?). Makan ratah camtulah. Saya nasihatkan dia dengan elok2 supaya kurang-kurangkan makan megi. Kalu nak makan juga, …..

Kes 2:
Seorang lelaki hensem melayu umur 25 tahun yang dah kahwin. Masuk wad sebab susah nak bernafas. Dia merupakan pesakit nephrotic syndrome. Penyakit ini boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan termasuk dalam peparu. Bila dicungkil2, dia kata suka sangat makan megi masa dia student dulu. Maklumlah la student kan.. faham sgt2. Dia sebenarnya dah berhenti makan megi, tapi kesan waktu muda-muda dulu dah rosakkan buah pinggangnya. So saya nasihatkan pemakanan yang sesuai untuk sakit nephrotic syndrome tu.

Kes 3:
Seorang pakcik cina businessman berjaya. Dia usia dalam 40-an, masuk wad sebab terjatuh di tandas. Dia asalnya tak tau dia sakit apa. Di hospital didapati jantungnya dah tersumbat. Tabiatnya lewat2 malam, suka ke warung makan megi goreng. Katanya sedap sampai menjilat siku. Makan minum waktu lain terjaga. Bukannya tiada duit, tapi dia memang suka ke situ untuk makan lewat malam

                                 reference :http://nim-diet.blogspot.com/2009/11/maggi-mamee.html *aiyyaa!!!so,aku harap,aku ley slow2 tok berhenti makan megi..at least,kurangkan memakannya kalau betul aku sayangkan nyawa aku..tol x?hihihi..k r..ngantok da ni..dr td dok crite psl mknn jek.huhu..k,gud nite and assalamualaikum,,